Sunday 1 March 2015

Jom sertai keluarga besar kami!!!


Alhamdulillah, Ahad lepas terlah diizinkan olehNya untuk ahli-ahli Nisa' Serdang berkumpul di Nisa' Serdang Away Day... 1001 wajah anggun yang hadir telah menceriakan lagi aktiviti kali ini.

Kehadiran Ustazah Isfadiah turut menyuntik semangat baru kepada semua barisan penggerak Nisa' Serdang untuk lebih mantap menerajui dan memacu ahli ke arah yang lebih cemerlang.

Anda masih lagi belum sertai kami? Jom Like Nisa' Serdang Fan Page sekarang dan isikan borang online untuk keahlian serta merta secara PERCUMA!!!

Bagi yang hadir semalam, jutaan terima kasih kerana sama-sama menjayakan salah satu misi penting Nisa' iaitu CONNECTING YOUTH!!!

Berjumpa dilain siaran Insya-Allah, sirru a'la barakatillah.

Wednesday 23 April 2014

Usrah Umum Teen Circle

Jika suatu masa dahulu, usrah Teen Circle dilaksanakan di dalam sebuah kumpulan kecil, di taman-taman secar berasingan.... kali ini, Nisa' Serdang tampilkan Usrah Umum Teen Circle. Insya-Allah, adik-adik akan berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan taulan serta mempelajari sesuatu yang baru !!!!

Ahad ini, bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bangi... Nisa' Serdang bakal bersama dengan adik-adik untuk beraktiviti sambil berukhuwwah.

Jom hadirkan diri!!! Kita berukhuwwah kerana Allah SWT...


Monday 7 April 2014

Anda ada kemusykilan tentang haid, nifas, darah istihadhah?????


Jom kita menuntut dari yang alimah. Ramai-ramai kita hadiri majlis ilmu. Seperti biasa, kali ini menampilkan Ustazah Radhiah Idris yang tidak asing lagi di Bangi. Beliau berpengalaman menyampaikan ceramaha di surau-surau dan masjid di sekitar Bangi.

Ayuh.... kita jadi sebahagian daripada mereka yang mencintai ilmu kerana Allah.

16 April 2014!!! Book your date!

Wednesday 26 March 2014

Usrah Umum Kembali Lagi!!


Ayuh duhai pencinta ilmu. Kita hadir beramai-ramai ke majlis yang menjalinkan ukhuwwah persaudaraan.

Jom pakai lapangkan masa sahabat, AHAD ini di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Ini merupakan majlis penutup bagi sambutan Hari Wanita Sedunia.

Insya-Allah, hadirnya kalian bakal memeriahkan lagi majlis ini nanti.

Jzkk

Sunday 9 March 2014

Online Competition


Sambutan Hari Wanita 2014

Alhamdulillah... aktiviti pertama Sambutan Hari Wanita Peringkat Nisa' Serdang berjalan dengan lancarnya dengan izin Allah SWT.



Bermula dengan sebaran coklat buat  wanita di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi... 


kemudian bersambung dengan bowling ukhuwwah di Metro Point Kajang. Seterusnya Edaran epal kepada wanita di bangunan yang sama...


Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua wanita di luar sana... 

Ayuh follow kami untuk the next event bulan ini!!!! iaitu Seminar Islamic Parenting : We're Super Parents. 




 Sabtu ini, 15 Mac 2014 di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Jom hadir ramai2!

Dan yang terakhir, pertandingan mereka puisi / pantun / ucapan terindah khas buat wanita. Terbuka kepada lelaki dan wanita.... 


Friday 28 February 2014

March : Bulan sambutan Hari Wanita Sedunia 2014

InsyaAllah, team Nisa' Serdang telah pun merancang beberapa agenda menarik sepanjang Mac ini khusus untuk menunjukkan penghargaan kami buat kaum bernama wanita..

Kami mengucapkan jutaan terima kasih buat mu ibu, mama, bonda, nenda, anakanda, guru, doktor, kakak cleaner, jututera, jururawat, kakak tol, polis wanita, pilot wanita, ahli JPA3 Wanita, Rela Wanita dan semua yg disayangi..

Semoga kalian mencetuskan lebih banyak perubahan di muka bumi ini...

8 Mac 2014 #WorldLadiesDay




Tuesday 11 February 2014

Usrah Umum Nisa' Serdang (Februari) datang lagi!

Dijemput semua muslimat dan remaja di sekitar Bangi / Kajang / Serdang / Balakong untuk mendegar majlis ilmu seperti berikut:


Kempen Anti Zina

Bersempena dengan Perayaan Hari Kekasih pada bulan Februari ini, Nisa' Serdang ingin mengajak semua remaja diluar sana untuk menjauhi dan meninggalkan sambutan perayaan ini.

Pasti ramai yang sedia maklum tentang asal-usul Sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day ini. Sila click untuk baca tentang asal-usul perayaan tersebut di sini dan di sini.

Apa yang pasti, AYUH kita jauhi sebarang perayaan yang tidak disambut oleh orang-orang islam. Adalah lebih baik untuk kita menghayati Sirah Rasulullah disebalik Maulidurrasul dan pelbagai kisah disebalik perayaan-perayaan yang umat Islam raikan, daripada kita menyambut perayaan-perayaan yang bertentangan dengan syariatullah.





Wednesday 5 February 2014

Retreat Nisa' Serdang

Insya-Allah soff kepimpinan Nisa' Serdang akan menganjurkan satu Retreat bagi mengkoordinasikan gerak kerja pimpinan sessi 2013/2014.

Semua Exco dan AJK unit dijemput hadir bagi menjayakan perancangan kali ini.

Doakan semoga kami dapat memberikan yang terbaik buat semua.

Jzkk