Friday 28 February 2014

March : Bulan sambutan Hari Wanita Sedunia 2014

InsyaAllah, team Nisa' Serdang telah pun merancang beberapa agenda menarik sepanjang Mac ini khusus untuk menunjukkan penghargaan kami buat kaum bernama wanita..

Kami mengucapkan jutaan terima kasih buat mu ibu, mama, bonda, nenda, anakanda, guru, doktor, kakak cleaner, jututera, jururawat, kakak tol, polis wanita, pilot wanita, ahli JPA3 Wanita, Rela Wanita dan semua yg disayangi..

Semoga kalian mencetuskan lebih banyak perubahan di muka bumi ini...

8 Mac 2014 #WorldLadiesDay




Tuesday 11 February 2014

Usrah Umum Nisa' Serdang (Februari) datang lagi!

Dijemput semua muslimat dan remaja di sekitar Bangi / Kajang / Serdang / Balakong untuk mendegar majlis ilmu seperti berikut:


Kempen Anti Zina

Bersempena dengan Perayaan Hari Kekasih pada bulan Februari ini, Nisa' Serdang ingin mengajak semua remaja diluar sana untuk menjauhi dan meninggalkan sambutan perayaan ini.

Pasti ramai yang sedia maklum tentang asal-usul Sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day ini. Sila click untuk baca tentang asal-usul perayaan tersebut di sini dan di sini.

Apa yang pasti, AYUH kita jauhi sebarang perayaan yang tidak disambut oleh orang-orang islam. Adalah lebih baik untuk kita menghayati Sirah Rasulullah disebalik Maulidurrasul dan pelbagai kisah disebalik perayaan-perayaan yang umat Islam raikan, daripada kita menyambut perayaan-perayaan yang bertentangan dengan syariatullah.





Wednesday 5 February 2014

Retreat Nisa' Serdang

Insya-Allah soff kepimpinan Nisa' Serdang akan menganjurkan satu Retreat bagi mengkoordinasikan gerak kerja pimpinan sessi 2013/2014.

Semua Exco dan AJK unit dijemput hadir bagi menjayakan perancangan kali ini.

Doakan semoga kami dapat memberikan yang terbaik buat semua.

Jzkk



Tuesday 4 February 2014

Aqal yang sihat datang dari tubuh badan yang sihat : Senamrobik @ Bangi

Bersempena dengan tema sihat, Nisa' Serdang dengan kerjasama ADUN Bangi ingin mengajak remaja di sekitar BANGI-SERDANG-KAJANG-BALAKONG dan kawasan sekitar untuk ramai-ramai menyertai:

Jom jadi sihat .... 

Khas untuk muslimat sahaja! Jangan lepaskan peluang untuk jadi lebih sihat :) 

Sila hubungi Cik Jawahir (013-3081201) untuk pendaftaran


Monday 3 February 2014

Tawaran untuk pelajari teknik berkam

Assalamualaikum wbt,

BekamNetwork dengan kerjasama Nisa' Serdang ingin membuka tawaran kepada mana-mana remaja & ibu-ibu yang ingin mempelajari teknik perubatan sunnah disamping menjana pendapatan tambahan keluarga. Bagi mereka ynag berminat, boleh hubbungi nombor yang tertera.

Yuran semurah RM 200.00 (tersangat murah) amat berbaloi kerana setelah tamat belajar, para peserta akan membawa pulang barangan / set berbekam yang complete dan anda boleh terus menjana pendapatan tambahan di rumah sahaja!

Jom, amalkan perubatan sunnah....