Wednesday 24 October 2012

Salam EidulAdha 1433H!

Kepada semua sahabat,
Selamat Hari Raya EidulAdha.

Kepada yang pulang ke kampung, 
Berhati-hati semasa memandu [kalau jadi pemandu]
Duduk elok-elok, diam-diam [kalau jadi penumpang]
Tapiiiiiii, jangan tidur bagi yang jadi co-pilot [kalau dok sebelah pemandu]

Teman berjaga kepada pemandu, okey!

Esok hari raya, bermaaf-maafan dengan keluarga semua, sanak saudara, jiran tetangga [kalau jiran ada tak balik kampung].

Ziarah menziarahi tidak ditinggalkan.
Sebab nanti boleh makan makanan yang pelbagai, hehehe.
Ehhh, jangan makan banyak sangat tau..
Jaga kesihatan juga, kang nanti naik kolesterol, darah tinggi, kencing manis pula...

Mari bermuhasabah EidulAdha dan Ibadah Korban

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :

1. Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.
2. Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.
3. Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.
4. Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.
5. Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.
6. Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.
7. Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.
8. Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada’ dan qadar Allah.
9. Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.
10. Takut kepada azab api neraka.
11. Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.
12. Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.
13. Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.
14. Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.
15. Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.
16. Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.


Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail. Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

!Semoga bermanfaat!

Thursday 11 October 2012

Salam Jumaat!