Friday 31 January 2014

Happy World Hijab Day

Assalamualaikum wbt,

Hari ini merupakan Sambutan Hari Hijab Sedunia. Alhamdulillah, pemenang #Hijab telah pun diumumkan fi FB Fan Club kami. Berikut adalah pemenang-pemenang #TAGCOMPETITION sempena World Hijab Day.

1st Winner : Ummu Mar'ie form Italy

Sharing 2nd Place: @Myzdiana Daud

Sharing 2nd Place: Nurul Asyikin Mohamed Radzi

Sharing 2nd Place: @Nabilah

Sharing 2nd Place: @Nanie Mujahadah

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta. Semoga hari ini kita lebih mendalami dan memahami konsep asal kita mengenakan hijab sebagai mahkota hidup. 

Berikut merupakan QUOTES yang paling banyak digunakan:



Maka, Allah tidak akan membebankan ummatnya. Ayuh, istiqamahlah dengan HIJAB bukan sahaja secara fizikal, malah spriritual. Keindahan yang hakiki datang dari dalaman yang suci bersih.



Happy World Hijab Day to all muslimah out there! Happy holiday :) 

Thursday 30 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina

Nisa' Serdang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kemakmuran di Malaysia.

Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat ke destinasi yang dituju. Selamat bercuti kepada semua & buat mereka yang perlu bekerja, semoga rezeki kalian diberkati Allah SWT. Bekerjalah bersungguh-sungguh, tapi jangan pula abaikan kewajipan kita kepada Sang Pencipta :).

Nisa' Serdang hari ini dalam proses mempersiapkan jentera kami bagi menganjurkan aktiviti-aktiviti buat penduduk Serdang-Bangi-Balakong-Kajang. Penyertaan remaja perempuan, dan ibu-ibu disekitar kawasan ini amat digalakkan. 

Jom join kami!!! Click DAFTAR ONLINE untuk mendaftarkan keahlian anda. 


Wednesday 29 January 2014

#tag Competition Sempena World Hijab Day

Salam alaik,


Bersempena dengan sambutan World Hijab Day (1 Feb 2014) ini, Nisa' Serdang ingin menganjurkan #tag Competition dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

3 langkah mudah:

1) Like Fan Page Nisa' Serdang : Nisa' Serdang Fan Club
2) PM Kami 3 #tag / tagline yang catchy tentang Hijab 
   (Contoh: Angun, Wajib, Selamat) - Kami akan upload dan tag anda di wall kami.
3) Dan promotekan #tag / tagline anda kepada rakan2.

3 pemenang dengan 3 #tag yang paling banyak mendapat 'LIKE' akan memenangi hadiah menarik daripada kami!!

Apa lagi, jom LIKE Nisa' Serdang Fan Club > hantarkan #tag anda dan berpeluang memenangi hadiah menarik!!!

Jom kita beramal!

Monday 27 January 2014

Jom kita laksanakan Solat Dhuha

Sahabat Nisa' yang dikasihi Allah SWT. 

Pasti dikalangan kita, ada yang telah menjadikan Solat Sunat Dhuha itu satu rutin hariannya. Akan tetapi, adakah kita sedar hakikat sebenar mengapa kita melaksanakan tuntutan sunnah tersebut? Jom kita cuba selami kelebihan kita melaksanakan Solat ini:


  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Bilakah waktu paling sesuai kita melaksanakan solat Dhuha'? Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 tengahari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi.

Menurut sains, waktu afdal ini adalah bila mana matahari sedang naik, dan ketika itulah tumbuh-tumbuhan mula melakukan proses fotosintesis. Ketika itulah oksigen dilepaskan dan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan sertsa haiwan mendapat faedah daripada proses alam ini. Atas dasar ini, adalah penting untuk kita mensyukuri segala nikmah yang telah Allah SWT berikan kepada hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. 

Maka, jom!!! Kita mula amalkan setiap hari Insya-Allah.... Selamat menambah amal !!!




Saturday 25 January 2014

Ayuh Ramai-Ramai Sertai Kami:

Impikan kehidupan yang ceria & lebih bermakna? Masa depan yang cemerlang & teman yang memahami?

"Nisa' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia" 
Dr. Rosni Adam, Mantan Pengarah Nisa' Malaysia.


Salam Maulidurrasul 1435H

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful.

Alhamdulillah Nisa' Serdang kini kembali mengaktifkan segala saluran informasi yang ada. Dikesempatan yang masih ada, bersempena dengan bulan Rabi'ul Awal 1435 H, Team Nisa' Serdang ingin mengajak semua untuk memperbanyakkan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Jom kita hidupkan amalan sunnah yang Nabi Tercinta kita amalkan dalam aktiviti harian kita. Semoga kita menjadi hamba yang dicintai baginda di dunia dan akhirat.