Monday 27 January 2014

Jom kita laksanakan Solat Dhuha

Sahabat Nisa' yang dikasihi Allah SWT. 

Pasti dikalangan kita, ada yang telah menjadikan Solat Sunat Dhuha itu satu rutin hariannya. Akan tetapi, adakah kita sedar hakikat sebenar mengapa kita melaksanakan tuntutan sunnah tersebut? Jom kita cuba selami kelebihan kita melaksanakan Solat ini:


  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Bilakah waktu paling sesuai kita melaksanakan solat Dhuha'? Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 tengahari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi.

Menurut sains, waktu afdal ini adalah bila mana matahari sedang naik, dan ketika itulah tumbuh-tumbuhan mula melakukan proses fotosintesis. Ketika itulah oksigen dilepaskan dan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan sertsa haiwan mendapat faedah daripada proses alam ini. Atas dasar ini, adalah penting untuk kita mensyukuri segala nikmah yang telah Allah SWT berikan kepada hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. 

Maka, jom!!! Kita mula amalkan setiap hari Insya-Allah.... Selamat menambah amal !!!




0 comments:

Post a Comment